Sunday, 5 April 2020

JOM DAFTAR I-AKAUN KWSP

 


CARA MUDAH PENDAFTARAN & PENGAKTIFAN i-AKAUN KWSP (AHLI) MELALUI E-MEL

Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini boleh membuat pendaftaran menerusi e-mel atau pos bermula 1 April 2020, untuk pengeluaran kemudahan i-Lestari seperti yang diumum oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ekoran penularan wabak Covid-19 baru-baru ini.
Ahli-ahli boleh membuat pendaftaran secara e-mel atau pos bermula 1 April. Bagi pendaftaran secara dalam talian pula, ahli KWSP juga boleh melakukannya secara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli)
Sudah pasti jika anda memohon kemudahan pengeluaran ini secara e-mel ataupun pos ianya akan mengambil sedikit masa 
Bagi mereka yang tidak mempunyai akses ke i-Akaun (Ahli) tak perlu bimbang kerana anda boleh memohon untuk berbuat demikian dengan bantuan pihak KWSP secara dalam talian sahaja.
Ahli kini boleh membuat permohonan pendaftaran i-Akaun (Ahli) melalui e-mel ke alamat iakaundaftar@epf.gov.my berserta dokumen sokongan seperti berikut:
  1. Borang Permohonan Pendaftaran i-Akaun (Ahli) Melalui e-mel; (klik di sini untuk muat turun borang); dan
  2. Lampiran MyKad (depan dan belakang); dan
  3. Gambar swafoto Ahli bersama MyKad; dan
  • Bukti pemilikan nombor telefon Ahli (cth: bil telefon, kontrak pendaftaran telefon, resit bayaran deposit) ; atau
  • Tangkapan skrin penyata yang tertera nama Ahli dan nombor telefon bimbit untuk pengguna prabayar.
  1. Salinan Buku/Penyata Akaun Bank Simpanan/Semasa yang aktif milik Ahli
Jika pengesahan berjaya, Ahli akan:
  1. Menerima ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS untuk pengaktifan i-Akaun (Ahli)
  2. Seterusnya Ahli hendaklah mengemaskini kata laluan baharu.
Ahli hendaklah membuat pengaktifan i-Akaun (Ahli) dalam tempoh 30 hari selepas penerimaan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS.
Apabila i-Akaun (Ahli) telah diaktifkan, anda sudah boleh memohon pengeluaran i-Lestari dengan mudah dan cepat. Permohonan pengeluaran i-Lestari boleh dibuat secara dalam talian melalui i-Akaun (Ahli) sepertimana cara berikut:
Ahli perlu log masuk ke i-Akaun (Ahli) → Pilih Tab Pengeluaran → Klik e-Pengeluaran → Klik Permohonan Baru → Pilih Pengeluaran i-Lestari untuk memulakan transaksi.

No comments:

Post a Comment