Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) telah menetapkan proses pendaftaran BSH 2019 seperti berikut:
- Pemohon tidak perlu mengemukakan salinan dokumen pengenalan diri semasa penghantaran Borang BSH 2019 kerana permohonan yang diterima daripada pemohon akan dipadankan dengan data daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi penentuan kelayakan setiap permohonan. Pemohon perlu memastikan maklumat yang dilaporkan pada Borang BSH 2019 adalah tepat dan jelas
- Pemohon BSH yang berumur 60 tahun dan ke atas (Warga Emas) tidak perlu mengemaskini maklumat BSH 2019 kecuali terdapat perubahan Maklumat. Ini kerana permohonan BSH 2019 akan diproses oleh LHDNM menggunakan Data Permohonan BSH 2018.
Siaran Media telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) pada 20 Februari 2019.
No comments:
Post a Comment